Teknik Permainan Bola Tampar

Wednesday, May 17, 2006

Penyediaan Badan Untuk Permainan

PERMAINAN BOLA TAMPAR
Mempunyai skill atau kemahiran ialah bekebolehan untuk membuat atau mempunyai kemahiran didalam sesuatu bidang, didalam permainan bola tampar kemahiran menguasai permainan ini amatlah penting. Dengan menguasai kemahiran yang sepatutnya ada pada sesaorang pemain menjadikan sesabuah pasukan itu dapat menguasai permainan tersebut. Perkara ini amat ditekankan oleh saorang jurulatih terhadap setiap pemain.Diantara kemahiran itu ialah membuat hantaran hadapan ( digging/ forearm pass), merejam(spike), Mengumpan ( setting) menyangga (Dig) dan servis, semua ini seharusnya ada untuk memperlihatkan satu kualiti permainan yang baik.
Permainan Bola Tampar / peraturan
Permainan bola tampar terdiri daripada 6 orang pemain utama daripada 12 orang pemain, ianya dimainkan diatas gelanggang yang berukuran 9m x 18m persegi, dimana pada bahagian hadapan terdapat satu garisan serangan yang berukuran 3m dengan ketinggian jaring 2.43m Lelaki dan 2.41m Perempuan. Panjang jaring ialah 9.5 m dengan kelebaran 1m, ketinggian tiang 2.55m dengan jarak daripada garisan 50cm hingga 100cm dan kelebaran garisan sekeliling ialah 5cm.
Menyediakan badan untuk permainan
Terdapat urutan Latihan yang perlu diikuti sebelum memulakan latihan, anda perlu melakukan latihan memanaskan badan selama 8 hingga 10 minit untuk menaikkan kadar nadi dan kefleksibeliti dan selepas latihan perlu juga melakukan sesi penyejukan badan selama 5 minit. Proses ini dilakukan adalah bertujuan untuk mengelakan daripada kecederaan dalaman semasa melakukan latihan.
Latihan untuk mengerakkan peredaran darah
1. Latihan melontar , mengutip, melambung dan gaya larian posture sekeliling gelanggang.
Latihan Fleksibeliti
Latihan ini adalah bertujuan untuk merenggangkan otot yang bakal digunakan dalam melakukan gerakan bola tampar. gerakan rengangan ini dilakukan selama 5 hingga 7 saat .
Penting: Semasa melakukan gerakan ini, jika anda merasai kesakitan dimana-mana bahagian anggota - berjumpa dengan pakar perubatan atau doktor dengan segera
Seterusnya Klik Disini